Nama Anwar disebut kawan dan lawan

tranungkite-online-v70-nama-anwar-ibrahim-terus-disebut-oleh-teman-dan-lawan

Nama Anwar Ibrahim terus disebut oleh teman dan lawan
Dilulus terbit pada Sunday, April 27 @ 15:18:43 MYT oleh SongkokPutih
Artikel  Oleh Dr. Sulaiman Masri

Rencana saya ini, sekadar menambah maklumat dan mengukuhkan sumber. Mudah-mudahan memanfaatkan rakyat Malaysia, terutama generasi muda.

Tidak keterlaluan, jika dikatakan nama “Anwar Ibrahim” memang ada keramat dan berlaser.

Nama “Anwar Ibrahim” sudah mula meniti bibir masyarakat di luar Malaysia, terutama ke negara-negara Islam di Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat, Afrika, termasuk dalam kumpulan masyarakat Islam di Eropah dan Amerika Syarikat, seawal 1970-an.

Populariti nama Anwar Ibrahim, sejurus selepas tokoh karismatik muda ini menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada awal 1970, dan memimpin gerakan tersebut sehingga beliau menyertai kabinet Malaysia (Barisan Nasional) pada 1982.

Malahan, tiga pelajar Rusia yang mendalami Bahasa Melayu di Universiti Malaya pada 1970/72, misalnya, Tatiana, turut mengaku mengikuti perkembangan tokoh muda Islam yang bernama “Anwar Ibrahim” sejak di Rusia lagi.

Senarionya begini: Sebelumnya, sehingga akhir 1973 (?) di Malaysia, kaum perempuan Melayu jarang-jarang kelihatan menutup aurat (kepala/rambut) di luar rumah. Yang kebiasaan dilihat hanya melilitkan selendang di leher atau meletakkan di bahu kiri atau kanan.

Kalau pembaca tidak percaya, sila cari dan teliti gambar-gambar emak, opah, nenek kita sebelum tahun 1975, memang tidak bertudung!

Di sekolah jauh sekali. Guru-guru perempuan, murid dan pelajar belum kelihatan memakai tudung, sehinggalah selepas 1974.

Saya mendapat tahu ketika “Brother” Anwar Ibrahim menjadi Pengarah Yayasan Anda, iaitu pusat tuisyen yang beribu pejabat di Jalan Pantai, Kuala Lumpur mulai 1974, beliau memastikan pelajar perempuan bertudung.

Dalam Abim pula, Anwar dan AJK terus berdakwah mengenai, antara lain, perlunya perempuan menutup aurat (bertudung).

Malah, barisan kepemimpinan Abim melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Anwar sendiri, dikatakan jika ‘terpaksa’ membawa AJK perempuan di dalam keretanya “volkwagen” kuning, maka perempuan itu mesti duduk di belakang, dan Anwar jadi drebar!

Seterusnya, aktiviti dakwah dan penerangan mengenai Islam Abim, yang turut didukung sama oleh gerakan al-Arqam, pada awal 1970-an juga, menyebabkan pada 1980-an, sehingga 70 peratus guru, murid dan pelajar perempuan Melayu atau pelajar Islam lainnya bertudung semasa di sekolah.

Budaya bertudung dalam kalangan ibu, pekerja sektor awam dan swasta pula turut menyusul menjadi lumrah. Sehinggakan pada pertengahan 1990-an, segelintir perempuan Melayu yang tidak memakai tudung di luar rumah, dianggap “orang asing” di bumi Malaysia!

Kini, hanya segelintir pemimpin wanita, terutama Umno yang “anti tudung” (siapa? Anda tahu kan). Kumpulan yang bernama “Sisters in Islam” pula nampaknya terang-terang menentang pakaian yang menutup aurat.

Justeru, pengaruh Anwar Ibrahim dalam usaha mempraktiskan ajaran Islam menjadi perbualan orang Islam di merata tempat di dunia.

Orang luar atau pelancong yang berada di Malaysia sedar kewujudan budaya bertudung dalam kalangan guru, pekerja, murid, pelajar perempuan, kerana pengaruh Abim pimpinan Anwar Ibrahim. Siapa ingin menafikan?

Malah, ada yang memberitahu saya, “Anwar jatuh cinta pandang pertama terhadap Dr. Wan Azizah Ismail (kini Datin Seri) bukan pada mata Dr. Wan Azizah tetapi pada tudung beliau yang putih bersih. Sebersih hatinya ketika membalas cinta Anwar selepas dua bulan sejak kali pertama berkenalan di Hospital Universiti Malaya”.

Apabila Anwar menjadi ahli Umno pada Mac 1982, berita tersebut heboh ke seluruh dunia Islam kerana selama ini orang menyangka Anwar jadi ahli Pas, sebab beliau begitu rapat dengan Presiden Pas, (allahyarham) Ustaz Fadhil Nor.

Dalam Umno, kejayaan demi kejayaan mendadak Anwar (kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim -DSAI), terus mempopularkan DSAI di seantero dunia.

Daripada Menteri ke Timbalan Perdana Menteri: Pemidato yang karismatik, pemimpin Islam, pemimpin belia, tokoh pendidikan, tokoh ekonomi, tokoh politik yang memancar di Asia, menjadi bualan di merata tempat dan negara.

DSAI dipilih oleh majoriti perwakilan Pemuda Umno untuk memimpin pergerakan Pemuda Umno pada September 1982 denagn slogan “Undi untuk Perubahan”.

Namun, secara senyap musuh atau mereka yang mencemburui “populariti” DSAi terus tumbuah, subur dan bercambah!. Dalam gembira atau ketika bersalaman, DSAI sebenarnya terus menambah musuh dan detik untuk dijatuhkan!

Kumpulan VIP lain dalam Umno dan BN boleh disanggah DSAI. Tetapi, akhirnya, apabila mentornya sendiri – PM Datuk Seri Dr Mahathir mengepalai “fitnah” dan “keazaliman” terhadapnya, DSAI tidak mampu bertahan… Walaupun sering diungkapkannya; “lawan tetap lawan”

Dan akhirnya DSAI “dijatuhkan” pada 1997/98, hingga merengkuk enam tahun di dalam penjara Kajang dan Sungai Buluh, angkara fitnah dan kezaliman Mahathir dan konco2nya.

Maka, DSAI kkehilangan jawatan, kuasa, dan pendapatan sejak menyertai UMno, 1982-1998.

Sesungguhnya, tindakan zalim ini pun, tambah mempopularkan nama “Anwar Ibrahim” walaupun terpaksa mengharung kesedihan, kemarahan, penderitaan dan mungkin kekesalan. Kita yakin, DSAI, sebagai pejuang terbilang, pasti tabah sentiasa!

Teman setia dan penyokong DSAI pun tidak melupai beliau. Kita maklum, betapa ratusan ribu, malah jutaan orang Islam dan bukan Islam juga , yang bersimpati terhadap Anwar, lantas mendoakan kesejahteraan beliau.

Di Malaysia, di Indonesia, di Pakistan, di India, di Iraq, di Iran, di Mekah, di Madinah, dan banyak tempat di merata dunia, ratusan ribu orang bersolat hajat memohon kepada Allah agar melindungi dan menunjukkan kebenaran di pihak Anwar.

Pada 2004, DSAI bebas selepas enam tahun merengkuk di dalam penjara. Isteri, anak-anak, sanak saudara, sahabat, pengikut, kenalan, menyambut kepulangan DSAI dengan air mata gembira bersama “harapan baharu”.

Sekali gus, rakan, penyokong, malah “pemuja” DSAI semakin bertambah banyak.

Namun, kerana Umno dan Barisan Nasional masih berkuasa, DSAI semacam tidak mendapat peluang mencari rezeki di tanah air sendiri. Malah DSAI dilarang aktif dalam politik kecuali selepas 14 April 2008.

Kasihan, sejak dipecat, DSAI juga “disekat “mencari makan di tanah air sendiri. Keadaan memaksa DSAI “mencari rezeki” di luar negara– sebagai profesor pelawat, dan memberi ucapan.

Hebatnya DSAI, beliau turut dilantik menganggotai beberapa badan ekonomi dan hubungan antarabangsa di Amerika Syarikat dan di Asia Barat.

“Orang popular dan jujur sentiasa laku di mana-mana”, bisik sahabat kepada saya, sewaktu mengiringi pemergian DSAI ke luar negara.

Sesungguhnya, nama “Anwar Ibrahim” meledak terus! Selepas kokok ayam jantan pada awal subuh 9 Mac 2008, sah nama “Anwar Ibrahim” meledak bagai halilintar membelah bumi Malaysia, Asia dan dunia.

Walhal, 30 jam sebelumnya nama “Datuk Seri Anwar Ibrahim” diperli, dihina dan cuba “dilenyapkan” dalam arena politik Malaysia oleh BN, termasuk oleh beberapa sahabat beliau yang pernah mengasaskan PKR.

Insya-Allah, nama “Anwar Ibrahim” selepas September 2008 dan menjelang PRU-13 (2013?), turut memancarkan nama isteri beliau YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, dan anak sulung mereka, YB Nurul Izzah Anwar.

Dengan kehendak Allah, jika “ledakan” ini benar terjadi, pastilah nama “Mahathir” dan “Abdullah Badawi”, hatta “Najib” bakal dipadam di persada politik Malaysia, yang sekali gus memercikkan lagi nama keramat “Anwar Ibrahim”, beserta “Dr. Wan Azizah”, dan “Nurul Izzah Anwar” ke seluruh dunia, sebagaimana ditakdirkan.

Sebab? Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Dr, Wan Azizah Ismail, bakal bertahta di Putra Jaya, dalam tempoh tersebut.

Sekadar impian atau ilusi? Yang pasti sejak dua tiga hari ini Datuk Seri Mohd Najib Razak dan kalangan pemimpin Umno/BN pun makin bercakap banyak mengenai “pakatan rakyat membentuk kerajaan pusat”….

Nama “Anwar Ibrahim” dan kini nama “Wan Azizah Ismail” mengganggu tidur barisan pemimpin tertinggi Umno/BN

Sila tunggu dan lihat! “Rajawali” .. yang dfipenjara besi…pasti terbang bertemu langit.. “, antara bait-bait sajak nukilan sahabat karib DSAI, W. S. Rendra, penyaer tersohor kelahiran Pulau Jawa.

dari: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9413

look. listen. ponder.

notarazi.blogspot.com

visit http://notarazi.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: