Samy: Dr M has weakened BN

samy vellu and mic

Samy: Dr M has weakened BN
RK Anand | Apr 18, 08 11:11am

exclusive The incessant attacks on his handpicked successor has inflicted extensive damage on the ruling coalition, laments the ex-PM’s trusted lieutenant.

Samy: Kritikan Dr M lemahkan BN
RK Anand | Apr 18, 08 12:37pm

eksklusif Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa kritikan keras mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan telah melemahkan Barisan Nasional.

samy vellu interview 160408 02Menurutnya, Dr Mahathir sepatutnya memilih cara dan pendekatan yang lebih lembut untuk menyampaikan pandangannya.

“Tun Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara ini. Sebagai bapa negara, beliau sepatutnya mengggunakan cara yang lebih lembut mengenai apa yang harus (kerajaan) lakukan.

“Cara itu akan menguntungkan kerajaan dan juga menguntungkan rakyat, dan bukannya kritikan keras secara terbuka. Itu tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini,” kata Samy Vellu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

mahathir mohamad 180108Bekas menteri kerja raya itu berkata sekiranya Dr Mahathir terus-menerus mengecam kerajaan, ia akan menghakis sokongan rakyat kepada kerajaan yang telah dibina beliau sendiri sebelum ini.

Beri Abdullah masa

Samy Vellu juga tidak bersetuju dengan mereka yang mendesak Abdullah supaya berundur ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Katanya, Abdullah yang mengambil alih kuasa pada 2003, harus diberi masa dan ruang untuk sekali lagi melayari bahteranya ke haluan yang betul.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907“Saya tidak rasa, dengan berundur, ia akan menyelesaikan masalah. Saya rasa Abdullah mesti diberi masa dan ketenangan untuk memulihkan keadaan.

“Kemudian beliau memilih penggantinya, serahkan kuasa dalam keadaan yang aman dan bersara seperti Dr Mahathir melepaskan Umno dan kerajaan dalam keadaan aman dan nama yang baik.

“Saya rasa itulah kaedah yang patut diamalkan,” tambah Samy Vellu.


http://notarazi.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: