Mahathir: I regretted appointing Pak Lah

harakahdailynet-saya-kesal-lantik-abdullah-tun-mahathir

.. whether I regret or not for appointing him, yes I do. When i appointed him last time, he was known as Mr Clean. He was so clean.

‘Saya kesal lantik Abdullah’ – Tun Mahathir

Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Apr 13, 08 | 10:30:27 am MYT

KAJANG, 13 April (Hrkh) – “Persoalan sama ada saya kesal atau tidak pada waktu ini kerana melantik Abdullah sebagai Perdana Menteri, memang saya kesal. Sebab sewaktu saya pilih dia dulu, dia dikenali sebagai ‘Mr Clean’. Dulu bukan main bersih.” Image

Demikian antara penegasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu diajukan pertanyaan sama ada beliau menyesal melantik Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Persoalan tersebut ditimbulkan sewaktu sesi soal jawab bersama beliau dalam satu majlis bertajuk ‘Krisis Kepimpinan Melayu Pasca PRU-12, Mana Silapnya’ anjuran Umno Hulu Langat di salah sebuah hotel di sini, semalam

Mahathir menjelaskan, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah terlalu lama memegang jawatan tersebut dan telah tiba masanya beliau menyerahkan kepada orang lain.

“…tetapi apabila saya pilih dia, rupanya Umno itu miliknya, milik keluarganya.

“Jika dia beritahu saya dahulu bahawa sebaik sahaja dia ambil alih, dia akan serahkan kepada orang kedua yang terdiri daripada Khairy Jamaluddin, Reezal Merican, tetapi sekarang payahlah saya hendak tarik balik.

“Memang saya kesal, tetapi saya tidak tahu keadaan ini akan berlaku,”katanya.

Sementara itu, beliau turut diajukan persoalan sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Abdullah kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihan raya kerana unsur sabotaj ahli-ahli BN sendiri. Image

Menjelaskan pertanyaan tersebut, jelas Mahathir dalam sebuah negara merdeka yang mengamalkan demokrasi, seseorang berhak mengundi sesiapa sahaja calon pilihannya.

Malah katanya, tindakan yang diambil ke atas orang yang mengundi calon pilihannya adalah tidak demokratik.

“Ini yang menjadi masalah kerana kita tidak faham cara yang demokratik. Dalam pemilihan pemimpin, tidak dibenarkan kita melantik ’si polan’ sahaja.

” Dalam parti tidak ada demokrasi dan dalam negara tidak akan ada demokrasi,”tegasnya.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Mahathir menegaskan Abdullah seharusnya ‘tanya dahulu pada diri sendiri’ punca sebenar berlakunya sabotaj dalam pilihan raya lepas.

“Tanya dulu pada diri jika berlaku sabotaj, kenapa…Kenapa beliau mengatakan ahli BN sabotaj?

“Sebenarnya ahli Umno memilih parti lawan bukan kerana sayangkan parti lawan tetapi untuk menyampaikan maklumat bahawa ‘parti awak’, awak itu tidak betul.,” katanya.

Dengan ‘cara itu’ katanya ahli Umno sebenarnya cuba menyedarkan kepimpinan namun pemimpin tidak sedar akan kesilapan mereka,”katanya.

Sementara itu, Mahathir turut mempersoalkan tindakan Abdullah yang dilihat tergesa-gesa mengadakan pilihan raya sedangkan beliau boleh menunggu sehingga 2009 untuk mengadakan pilihan raya. Image

Tambah Mahathir, BN berjaya mencapai kemenangan besar pada 2004 kerana rakyat belum melihat pencapaian sebenar Abdullah sebagai Perdana Menteri.

“Sepanjang tempoh 2004 sehingga 2008, rakyat telah melihat sejauh mana pencapaian beliau.

“Rakyat sudah tidak tertarik, bosan dan mungkin meluat dengan kepimpinannya. Malangnya kepimpinan tetap tidak sedar,”katanya.

Mahathir juga turut mencuit hati tetamu yang hadir dengan kata-kata sinisnya terhadap bekas Timbalan Menteri Kewangan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Dato’ Dr Awang Adek Hussin.

“Bukan main lagi hendak menang, Awang Adek isytihar dialah bakal Menteri Besar dan gambarnya dijaja ke merata tempat. Inilah keadaan sebelum pilihan raya,”katanya.

Sementara itu, dalam sidang media itu beliau turut ditanya sama ada akan terus membuat teguran kepada kepimpinan Abdullah.

Jelas Mahathir bahawa beliau berhak untuk membuat teguran, walau siapa pun yang menjadi Perdana Menteri malah tegasnya, teguran itu bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk keseluruhan parti.- Az/mks.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13877&Itemid=28

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: