Khir Toyo: your exit plan, Pak Lah

pak lah and khir toyo

Khir tells PM to detail out exit plan
Apr 14, 08 1:22pm
Former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo has called on Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to put in place a succession plan that will see Najib Abdul Razak taking over without any delay.
Let Najib take over
Carry out reforms in gov’t, party
Umno tidak sabar lihat PM berundur
Apr 13, 08 3:23pm
kemaskini 11: 18pm Selepas badan perhubungan Umno Johor mencadangkan “pelan peralihan” kuasa presiden dan perdana menteri, parti itu kelihatan tidak sabar-sabar lagi melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Sejak pertemuan Abdullah dengan Umno negeri itu Jumaat lalu, kenyataan-kenyataan agar penggantian dijalankan segera semakin lantang berkumandang – walaupun berlapik.

Ia dimulakan dengan kenyataan naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di akhbar milik parti itu, Mingguan Malaysia hari ini.

Berpandukan kenyataan Muhyiddin di akhbar itu, agensi berita Bernama hari ini melaporkan “Umno akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti.”

najib abdullah 100408Beliau dilaporkan berkata “sekiranya perubahan itu tidak dilakukan segera, Umno juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya.”

Tokoh Umno itu juga berkata pilihanraya umum lalu menunjukkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti – secara tidak langsung bermaksud gaya kepemimpinan Abdullah yang dilihat mentadbir negara dengan bantuan ahli keluarga dekatnya.

Kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti, lapor agensi itu lagi, memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan “masalah keluarga” dan sistem yang diamalkan.

Dalam wawancara itu, Muhyiddin berkata:

“Saya bimbang jika tidak ada satu perubahan berlaku seperti mana yang bukan sahaja dituntut oleh Umno tetapi orang luar Umno, rakyat akan terus tolak BN dan Umno.

“Oleh itu, ahli parti harus fikir secara matang, perdana menteri sudah buat kenyataan. Pertama, beliau akan pergi bila sampai waktunya.

“Kedua, beliau menyebut Datuk Seri Najib bakal penggantinya. Ketiga, beliau kata ‘beri saya sedikit masa untuk perbetulkan parti sebelum saya menyerahkan parti kepada pengganti saya.’

“Ramai berkata, itu bagus dan jelas dari segi pelan peralihan kuasa tetapi mereka juga bertanya, bila?”

Beliau menambah, “saya fikir ada satu perasaan membuak-buak di peringkat bawah iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara. Oleh itu saya berpendapat, kalau tidak berlaku perubahan dalam Umno maka banyak perkara tidak baik akan terjadi.”

Dalam wawancara yang sama, naib presiden Umno itu menyentuh soal tanggapan umum terhadap Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin.

“Kita hendak tahu, apakah sebenarnya yang menyebabkan kita kalah teruk walaupun di peringkat awal orang sudah membuat andaian-andaian.

“Pertama, mereka sebut soal kepimpinan (Abdullah), mereka menyalahkan perdana menteri yang juga presiden parti dan pengerusi BN.

“Mereka juga mengaitkan dengan apa yang sering disebut ‘fakta KJ’ (faktor Khairy Jamaluddin). Mungkin ia tidak betul atau persepsi tetapi dalam pilihan raya dan politik, persepsi itu penting.

“Ada rakyat yang mengatakan kepimpinan BN tidak menyerlah, lemah dan tidak berupaya menangani keadaan semasa,” katanya.

umno 2007 abdullah ahmad badawi 071107Sementara itu, Bernama hari ini juga menghubungi ketua penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi bagi mengulas isu pelan penggantian kuasa.

Dr Mohd Puad – dilaporkan seorang daripada beberapa ketua bahagian di Johor yang paling lantang meminta Abdullah berundur dalam mesyuarat minggu lepas – mengulangi gesaannya supaya proses peralihan itu disegerakan “agar tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat”.

Ketua bahagian Batu Pahat itu berkata, pelan peralihan kuasa telah menjadi tradisi Umno dan BN seperti penggantian almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj kepada allahyarham Tun Abdul Razak dan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah.

“Umno Johor pada perjumpaan dengan Abdullah Jumaat lepas meminta perdana menteri menyediakan pelan peralihan kuasa.

“Ia merupakan sesuatu yang perlu dilaksanakan. Ada juga ketua bahagian yang mahukan pelan itu dilaksanakan dengan segera,” beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga menyuarakan nada yang sama dalam satu artikel di blognya semalam.

“Bagi pemimpin Umno, seperti saya dan rakan-rakan ketua bahagian, yang telah dilatih untuk menghormati pemimpin, untuk meminta Pak Lah meletakkan jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa dilakukan.

“Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung dengan harapan hasrat itu difahami,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan Umno Johor yang mencadangkan Abdullah menyediakan pelan peralihan untuk berundur dan mencari penggantinya.

“Peralihan ini boleh dilakukan dalam waktu terdekat atau jangka masa yang lebih panjang. Namun ia tidak seharus terlalu lama yang boleh menjejaskan pentadbiran negara mahu pun persiapan parti menjelang pilihanraya umum akan datang,” katanya.
http://malaysiakini.com/news/81297

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: