Empat punca Umno Kedah kalah teruk di kedah

empat-punca-umno-kedah-kalah-teruk

Empat punca Umno Kedah kalah teruk
Nash Rahman | Apr 14, 08 1:45pm
Umno Kedah telah menggariskan empat punca kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, berjaya merampas Kedah dari Barisan Nasional (BN).

Pembangkang yang memenangi 21 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), telah menubuhkan kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang 16 kerusi, PKR (4) dan DAP (satu). Pembangkang juga memenangi 11 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

BN pula menang 14 kerusi DUN dan empat kerusi parlimen.

Menurut sumber Umno Kedah, empat punca tersebut ialah faktor kelemahan kepimpinan atasan, pemilihan calon, senario politik semasa dan sabotaj dalaman parti.

Sabotaj calon

Katanya, punca terbesar ialah isu pemilihan calon ‘payung terjun’ untuk bertanding dalam pilihanraya lalu.

Ini kerana, mereka yang dipilih tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian berkenaan, tegasnya.

Mereka termasuklah bekas menteri penerangan, Datuk Zainuddin Maidin; exco pergerakan tersebut, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, dua orang setiausaha politik perdana menteri -Datuk Osman Desa dan Datuk Hasbullah Lebai Isa.

“Ekoran itu, calon terbabit disabotaj dan ahli-ahli Umno – sama ada mereka tidak keluar mengundi ataupun mengundi calon pembangkang,” kata sumber tersebut.

Katanya, Mukhriz bernasib baik kerana berjaya mempertahankan kerusi parlimen Jerlun, walaupun pemilihannya dibantah penyokong Datuk Abdul Rahman Ariffin, calon sebelumnya.

Abdul Rahman juga merupakan ketua Umno bahagian Jerlun.

Kelemahan kepimpinan

Bagaimanapun, katanya,  yang lain-lainnya kalah – Zainuddin (Sungai Petani), Osman (
Sik) dan Hasbullah (Dun Jeneri di parlimen Sik).

Pada keseluruhannya, kata sumber tersebut, senarai calon Umno/BN Kedah dalam pilihanraya umum lalu terdiri daripada 50 peratus muka baru.

Di samping itu, katanya, faktor kelemahan kepimpinan peringkatan atasan Umno juga mempengaruhi keputusan pilihanraya umum lalu.

“Jika tidak, masakan ramai ahli jawatankuasa Umno bahagian – ketika pertemuan dengan jawatankuasa pengurusan pusat – mahukan peralihan kepimpinan dalam Umno,” katanya.

Menurutnya, desakan tersebut jelas dibuat oleh kepimpinan bahagian yang menghadiri perjumpaan tersebut di Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Sumber itu berkata, ini ditambah pula dengan senarai politik semasa di mana isu kenaikan harga barang mendorong pengundi memilih calon pembangkang.

http://malaysiakini.com/news/81321

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: