Sensasi: Ustaz Akhil Dan Waheeda Sudah Berkahwin ??



Dalam kita sibuk membicarakan hal-hal politik, ramai juga dikalangan penyokong pakatan rakyat yang sebenarnya tercari-cari kemana hilangnya kelibat penceramah tersohor Ustaz Akhil Hayy. Kabaran yang diterima mengatakan yang beliau sudah tidak bergerak aktif lagi dalam politik, dan kini lebih berperanan untuk mendidik generasi muda menerusi medium lamanya pula iaitu saluran TV. Sememangnya kita amat terharu pabila tidak dapat lagi melihat kemunculan beliau dimana-mana ceramah PAS terutamanya. Ustaz Akhil yang dulunya merupakan bekas penyanyi kumpulan “Rock Kapak 80an”, sememangnya amat sinonim dengan para penyokong pembangkang selama ini.

Beliau yang gemar berceramah sambil diselang-seli dengan alunan irama nasyid, zikir dan ayat-ayat Al-Quran yang pastinya meruntun jiwa setiap pendengar sama ada golongan tua, dewasa mahupun kanak-kanak. Beliau yang berasal dari Gopeng, Perak atau “Gopenghagen” katanya setiap kali berceramah, sememangnya merupakan salah seorang penceramah popular PAS sejak sekian lama . Bagai tidak kering gusi melihat kepetahan dan kelantangan Ustaz Akhil ini dulu. Beliau juga sering muncul dalam ceramah-ceramah motivasi jabatan kerajaan dan swasta turut digemari oleh golongan korporat biarpun mereka tahu asal-usul beliau dulu.

Namun, kini kelibat Ustaz Akhil kian hilang. Bukan tidak ada, tetapi semakin kurang. Jika ada pun beliau dikatakan hanya dapat memenuhi ceramah-ceramah yang diadakan disekitar Lembah Kelang semata-mata atau di negeri kelahiranya. Apakah Ustaz Akhil kini telah berubah haluannya?. Ramai peminat beliau tertanya-tanya dan ternanti-nanti akan berita beliau. Ada yang kecewa, kerana nama beliau tidak dicalonkan sebagai calon PAS di Perak dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika tidak, sudah pasti Ustaz Akhil akan bergelar Yang Berhormat sekarang. Tambahan pula Perak kini telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ramai yang beranggapan, jika Ustaz Akhil diberi peluang bertanding bari-baru ini maka sudah pasti beliau akan menang dengan majoriti yang banyak. Namun segalanya sudah berakhir. Ustaz Akhir masih juga tidak muncul-muncul di pentas politik tanahair, sehebat, sepanas seperti dulu.

Soalnya, apakah Ustaz Akhil akan kembali?. Maksudnya kembali di pentas ceramah seperti dulu. Melihat kepada jadual harian dan aktiviti beliau pada masa ini, maka harapan kita untuk melihat beliau lantang mengkritik kerajaan seperti dulu mungkin sukar. Biarpun kini beliau berjuang menerusi wadah dan landasan baru, namun kita amat berharap dan senantiasa menanti kembalinya Ustaz Akhil di pentas ceramah terbuka. Namun, mungkin semua ini tidak dapat dilaksanakan kerna beliau juga terikat dengan kontrak bersama Astro. Mana mungkin Astro akan membenarkan selebriti mereka berada di atas pentas parti pembangkang di negara ini. Tambahan pula Astro dimiliki oleh jutawan Ananda Krisnan yang lahir dan dimewahkan oleh kroni-kroninya dalam UMNO dan Barisan Nasional. Maka itu, harapan tipis untuk Ustaz Akhil bebas seperti dulu. Beliau juga kabarnya sedang sibuk mempromosikan album dan buku terbarunya yang diterbit dan diedarkan oleh Inteam Records. Beliau yang mula menyepi dari pentas politik tatkala disunting oleh Inteam Records [www.inteam.com.my], dan kini bertambah-tambah sibuk setelah terlibat dengan Astro. Apapun kita berharap agar Ustaz Akhil akan terus sukses dan tidak melupakan pentas ceramahnya dulu.

Berita tergempar dan baru Cucu terima serta menjadi persoalan dikalangan Ustaz Akhil ialah benarkah beliau telah berpoligami?.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: