Fitna – The Controversial Geert Wilders Movie

PAS urges Muslims to boycott Dutch goods
Mar 31, 08 4:05pm
Islamic party PAS today urged Muslims worldwide to boycott Dutch products to protest against an anti-Islamic film by a far-right Dutch lawmaker.
Protest against movie ‘Fitna’
Mahathir: Shut them down

Muslim digesa boikot barang Belanda
Mar 29, 08 6:40pm
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris.Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.Tindakan pemulauan tersebut, tegasnya, boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.Bagaimanapun, katanya semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tersebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”.
Akibat salah faham
“Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai… tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ,” katanya.Semalam, Liveleak.com berkata ia telah membuang video tersebut ekoran bantahan umat Islam, tetapi ia masih boleh dilihat di laman web lain, termasuk di Youtube.com.
Kementerian Luar Malaysia juga mengecam Geert Wilders kerana menerbitkan tersebut.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata perbuatan tersebut menghina Islam dan tidak menghormati sensitiviti dunia Islam.
Singapura juga turut mengecam filem tersebut, yang menurut timbalan perdana menterinya Wong Kan Seng menghina orang Islam.”Kebebasan bersuara tidak memberi lesen kepada sesiapa pun untuk menghina agama atau bangsa yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.Iran, Bangladesh dan Indonesia – tanah jajahan Belanda – turut membantah penyiaran filem itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: