Abdullah: Big mistake to ignore cyber-campaign

BN top leaderships claimed that their mistake was to ignore cyber-campaign.

I think they did not ignore the Internet. They have the Yahoo campaign (did anyone save a screenshot?), they setup campaign-dedicated website BN2008.org.my (and was later mocked by many bloggers including http://kempenbn2008.wordpress.com ) . They even created Warkah To PM ( but read http://lamansensasi.blogspot.com/2008/03/tak-pandai-guna-internet-atau-tak.html )

Despite all these, why did they still fail?

could this be one of the reason?

http://jelas.info/2008/02/22/ap-interview-election-chief-says-media-bias-will-make-malaysia-polls-a-laughingstock/#more-859

Abdullah: Big mistake to ignore cyber-campaign
Mar 25, 08 2:45pm
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today said his “biggest mistake” in disastrous elections was to ignore cyber-campaigning on the Internet which was seized by the opposition.

  • A serious misjudgement
  • Will respond effectively

(Malay Version)

BN silap besar abaikan Internet
Mar 25, 08 5:27pm
kemaskini 10:58pm Perdana Menteri akui BN mengalami kegagalan teruk dalam pilihanraya umum lalu, antaranya, akibat kecuaian parti itu memanfaatkan kempen di alam siber.

abdullah ahmad badawi pak lah“Kita tewas dalam perang (maklumat) di Internet, perang siber,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucaptamanya di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008 hari ini.

“Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan paling besar apabila menganggapnya tidak penting.”

Pemimpin-pemimpin BN melihat sudah memadai berharapkan liputan akhbar dan televisyen, tambahnya, “tetapi orang muda bergantung pada (maklumat) SMS dan blog.”

Walaupun memberikan ruang kebebasan di Internet, kerajaan selama ini sering menganggap blog dan laman web menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan penulis-penulis di alam siber tidak bertanggungjawab.

Beberapa menteri juga sering memberi tanggapan orang ramai tidak membaca blog politik kerana beberapa peratus sahaja melayarinya berbanding blog bukan politik dan kebanyakan mereka bergantung kepada media arus perdana sebagai sumber berita.

Pilihanraya 8 Mac menyaksikan perubahan tanggapan tentang perkara ini apabila penganalisis-penganalisis melihat kejayaan luar biasa pembangkang – digelar “tsunami politik” – menewaskan BN di lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga parti itu, antaranya, akibat saluran maklumat alternatif.

Saluran-saluran mengundi generasi muda memihak kepada pembangkang seperti diakui sendiri oleh ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz baru-baru ini.

Abdullah berkata, kerajaan akan memberikan “perhatian sewajarnya” dalam perkara ini dan mengambil langkah memperkuatkan suara generasi muda.

“Ia (keputusan 8 Mac) memang menyakitkan … tetapi ia terjadi tepat masanya, masih tidak terlambat,” katanya.

Sementara itu, menteri penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menemui syarikat-syarikat media tempatan untuk memahami perkembangan mereka.

Beliau berkata lawatannya itu tidak bertujuan menyekat kebebasan media tetapi “mencari yang terbaik bagi rakyat dan negara”. lapor agensi berita Bernama.

Bercakap di majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua pengarang media, Shabery berkata beliau tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa pembaca beralih kepada media alternatif akibat sikap berat sebelah media perdana.

Di negara-negara maju yang dianggap mempunyai kebebasan media, tambahnya, orang ramai tetap memilih media alternatif.

Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertemu penulis-penulis blog untuk mendengar pandangan mereka dan juga mengiktiraf sumbangan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: