We want lawful and good products (Halalan Toyyiba)

 ayam

(petikan dari Zaharuddin.net)

…tugas utama sesebuah kerajaan, iaitu memberikan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah athar atau hadis yang diperbezakan tarafnya:-

 

سيد القوم خادمهم

Ertinya : “Pemimpin sesuatu kaum itu adalah khadam bagi kaumnya (rakyatnya)” (Riwayat Al-Hakim & Abu Nuaim ; Terdapat inqita’ dalam sanadnya; Hadis Mursal; Al-‘Ajlouni : Hasan Lighayrihi dalam Kasyf Al-khifa, 1/562 ; Kanzul ‘Ummal ; Asna Al-Matalib, 1/162 ; Al-Maqasid Al-Hasanah (Dinilai sebagai Hadis Dhoif), 1/395)

 

 

Hasil dari kenyataan JAKIM tersebut, ia secara jelas telah memberikan pengesahan awal bahawa semua ayam yang terdapat di Malaysia adalah selamat dan bersih dari enzim babi tersebut.

 

Bagi orang awam, kenyataan tersebut adalah cukup bagi orang awam untuk membeli dan menggunakan ayam yang berada di pasaran kerana semuanya telah ditanggung oleh pihak berwajib yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab adalah yang akan dipertanggungjawabkan didunia, alam barzakh dan akhirat.

 

Adapun bagi pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang punyai kredibiliti dan kemampuan untuk membuat kajian lanjut, mereka amat digalakkan untuk membuat kajian dan pendedahan kepada JAKIM dengan kadar segera demi manfaat seluruh umat Islam. Ia juga amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat ‘check and balance’ atau sebagai penyemak kedua kepada hasil kajian yang dibuat oleh JAKIM atau Jawatankuasa khas tersebut.

 

Ia amat baik kerana dapat mencegah mana-mana pihak berwajib dari membuat kerja secara ‘melepaskan batuk di tangga’ atau ‘janji siap’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: