Reach For The Star



“Apa perasaan adik apabila berjalan dalam gelap?” tanya seorang fasilitator kepada ahli kumpulannya selepas mereka selesai menjalankan satu permainan.

“gelap.. tak nampak apa-apa”

“takut… nanti terjatuh”

“buntu.. tak tahu ke mana nak dituju”

“keliru… dengar berbagai suara”

“lemah.. rasa seperti mahu mengalah”

Berbagai-bagai jawapan diberikan oleh adik-adik peserta.

Begitulah adik-adik semua, permainan ini bukan sekadar permainan. Ia mengajar kita bahawa dalam hidup ini kita mungkin melalui keadaan seumpama ini. Adakalanya kita terasa bagaikan tidak tahu ke mana hendak dituju selepas ini. Tiada sesiapa memberi panduan. Terpaksalah meraba-raba dan mencuba sendiri. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam.

Dalam keadaan yang lain pula, kita dikelilingi oleh bisikan-bisikan. Ada bisikan yang memandu perjalanan. Ada pula yang mengelirukan langkah. Tak kurang pula bisikan yang sebaliknya yang mengakibatkan kita jatuh tersungkur.

Bagaimana menghadapi cabaran hidup seumpama ini?

Kenalilah tujuan hidup itu sendiri. Jika kita tahu menghargai erti kenapa kita hidup, kita akan mampu mencari arah ke mana yang hendak dituju. Tidak ada kapal di laut yang belayar tanpa arah tujunya. Justeru, walau ribut dan badai melanda, nakhodanya tetap tabah mengemudi sehingga tiba di pelabuhan singgahannya. Tidak ada kapal yang mundar-mundir di tengah lautan tanpa arah melainkan akhirnya ia karam atau anak kapalnya mati kebuluran begitu sahaja.

Hidup ini sesungguhnya satu ujian untuk kita. Ibarat seorang nakhoda yang mengemudi kapal, kita perlu bijak melihat petanda-petanda arah di sekeliling kita. Dengarlah nasihat keluarga, guru-guru serta mereka yang lebih berpengalaman dari kita. Mereka sesungguhnya orang-orang yang menginginkan kita berjaya dan sudah tentu nasihat mereka ada gunanya. Hormati, sayangi dan sanjungilah mereka kerana iringan doa mereka turut membantu kita untuk berjaya.

Carilah teman yang searah perjalanannya dengan kita dan majulah bersama-sama dengan mereka. Sebagai manusia, kita saling memerlukan dan saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain. Bersahabat dengan penjual minyak wangi maka terperciklah keharumannya pada baju kita. Bersahabat dengan pelebur besi maka terperciklah apinya pada baju kita. Sahabat juga ibarat cermin. Mulia dirinya, maka mulialah jua diri kita. Sesat dirinya, maka sesatlah jua kita akhirnya.

Semoga adik-adik cemerlang di dalam peperiksaan nanti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: